Konsortium Sinergi Ulung Sdn Bhd (KSU) telah ditubuhkan bagi memudahkan pengguna atau penderma untuk berwakaf dan cuba untuk meningkatkan pandangan masyarakat mengenai sistem pengurusan wakaf yang tidak telus. Oleh sebab itu, seawal tahun 2016 (KSU) telah didaftarkan bagi menguruskan sebuah projek diberi nama JomWaqaf.com secara atas talian. (KSU) pada amnya terlibat secara langsung dalam pemasaran dan pengurusan aktiviti jualan dan pembelian di laman web JomWaqaf.com.
