28Sep
JomwaQaf.com telah dilantik oleh PERTIS (Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia) sebagai pencari dana untuk pembangunan projek pembangunan Maahad Tahfiz OKU Penglihatan yang pertama di Malaysia iaitu Madrasah Abdullah Ibn Ummi Maktum. PERTIS telah ditubuhkan sejak tahun 1996 dan sehingga kini keahliannya mencapai 1400 orang. Jom bersama-sama kita semua menyokong pembangunan Madrasah Tahfiz OKU penglihatan yang menggunakan Quran Braille dan tekonologi digital ini. Madrasah ini juga melatih pendakwah dikalangan OKU Penglihatan.
