
Penyerahan barang di Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas
- at 8:00 am - 5:00 pm
-
Lot 3530, Jalan Batu 18, Kampung Pulau Meranti
Puchong, Selangor 47120 Malaysia
Ziarah dan Sumbang: Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas
Pernah terbayang-bayang jika kita sendiri yang berada di rumah jagaan ini ketika usia tua nanti? Apa yang kita mahukan dari masyarakat atau anak-anak? .
.
Alhamdulillah kami selesai menziarahi dan memberikan sumbangan kepada pihak Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Kami dapat berjumpa dengan wakil bagi pihak Pengasas, Cik Linda yang menyambut kami. Namun, sedikit kecewa tidak sempat berjumpa dengan Pengasasnya, Muji binti Sulaiman. Difahamkan mempunyai urusan luar. .
.
Ketika ziarah dilakukan, kami sebenarnya tidak dapat berjumpa dengan warga tua kerana mereka sedang berehat dan tidur. Barangan berbentuk lampin dewasa, kit jenazah, tuala, sejadah, baju T-Shirt dan telekung antara sumbangan yang diberikan pihak JomwaQaf.com hasil daripada sumbangan murni orang ramai yang berwaqaf.
.
.
Terima kasih kepada semua waqif yang memberi sumbangan, tanpa KALIAN, kami tidak mampu untuk membantu mereka. Terima kasih banyak2. Besar ganjaran daripada-Nya, Janji Allah itu Pasti. .
.
Tanpa kalian para penyumbang, kami tidak mampu untuk membantu mereka. Terima kasih, semoga Allah membalas jasa kalian semua.
Segala bukti gambar dan juga pesanan penghantaran akan kami sertakan kepada para pewaqif.
Jika anda ingin menghulurkan bantuan, hubungi kami di;
www.wasap.my/60103004205
www.wasap.my/60103004205
www.wasap.my/60103004205 .
.
Sedikit informasi: Objektif utama penubuhan ini sememangnya untuk menjaga warga emas yang terpinggir oleh kasih sayang dan juga memberi perkhidmatan pada anak-anak yang inginkan yang terbaik buat ibu dan ayah mereka dengan izinNya. Pada awalnya, Pengasas adalah seorang jururawat niat murni itu tercetus ketika beliau masih bertugas pada tahun 1999 selepas melihat beberapa pesakit warga emas yang tidak dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

